Sensor Tower telah mengeluarkan laporan mengenai anggaran untuk dua permainan mudah alih oleh Netmarble berdasarkan kumpula K-Pop BTS iaitu BTS world yang dikeluarkan pada tahun lepas dan BTS Universe Story yang tiba pada bulan lepas.
Menurut mereka, kedua-dua permainan tersebut telah menjana pendapatan sebanyak $50 juta (RM207 juta) setakat ini. Daripada jumlah tersebut, $48.5 juta (RM201) adalah kutipan BTS World dan selebihnya adalah BTS Universe Story.
Bagi BTS World negara penyumbang tertinggi adalah Korea Selatan sebanyak 23% diikuti oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Platform pula iOS mendahului dengan 54% berbanding Android. Manakala BTS Universe Story pula Amerika Syarikat tertinggi dengan 43% diikuti Jepun dan Korea Selatan.
Bagi jumlah muat turun BTS World telah dimuat turun sebanyak 12 juta unit dan BTS Universe Story sebanyak 2.7 juta unit. Jumlah muat turun mengikut memperlihatkan negara yang sama untuk kedua-dua permainan iaitu didahului oleh Indonesia dan diikuti Amerika Syarikat dan Brazil.
BTS World dan BTS Univere Story boleh dimuat turun untuk iOS dan Android.