Bulan lepas, Nintendo dan Koei Tecmo mengumumkan permainan Hyrule Warriors: Age Of Calamity akan dilancarkan November di mana ia ditempatkan pecnceritaan 100 tahun sebelum permainan The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild.

Dengan pelancarannya yang semakin hampir, hari ini Nintendo memperlihatkan satu video acah baharu yang memperlihatkan watak Robbie dan Purah bersama raja Hyrule yang akan tiba buat permainan tersebut.

Bagi yang anda pernah bermain permainan The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild, watak Robbie dan Purah semestinya salah satu watak yang anda kenal di mana mereka adalah penyelidik Sheikah di dalam permainan tersebut.

Melalui permainan ini, pemain kelihatan akan menemui mereka dengan rupa paras yang lebih muda termasuklah watak Impa melalui video acah di bawah.

Hyrule Warriors: Age Of Calamity akan dilancarkan ekslusif di konsol Switch pada 20 November 2020 ini dan ia boleh dipra-tempah dengan harga $59.99(~RM249) melalui Nintendo eShop.

Sohor Kini