Industri permainan video di Malaysia semestinya sedang berkembang pesat, terutamanya dengan pelancaran permainan No Straight Roads baru-baru dan juga inisiatif MDEC dengan acara Level UP KL sejak beberapa tahun lepas.
Di Malaysia, terdapat pelbagai syarikat pembangun permainan yang terdiri daripada pelbagai jenis studio dari studio kecil sehinggalah studio pembangun permainan bertarafkan AAA. Salah satu daripadanya adalah AeonSparx Interactive di mana ketika sesi persidangan acara Level UP KL, kami berkesempatan untuk bertemu pengasas studio tersebut secara maya, iaitu Foong Ching Kong.
AeonSparx Interactive merupakan studio pembangun permainan di mana ia mula bertapak di Malaysia sejak 2013 lepas di mana mereka telah terlibat dengan pembangun pelbagai permainan mudah-alih (Permua). Salah satu permainan yang mereka sedang bangunkan adalah Zombie Soup.
Zombie Soup merupakan permainan penembak atas bawah zombi yang memfokuskan bentuk penembak kawalan berkembar. Dengan elemen retro bersama visual 3 dimensi.
Menurut pembangun, permainan ini akan dialncarkan sekitar tahun hadapan di PC melalui Steam. Namun, mereka juga menyatakan permainan ini turut akan tiba di konsol PlayStation, Xbox dan Switch selepas pelancarannya di PC.
Untuk informasi lanjut berkenaan permainan ini, anda boleh ke laman rasmi permainan tersebut.