Ini Adalah NBA 2K21 Dimainkan Di PlayStation 5

2K Games dan Visual Concept hari ini berkongsi video acah yang memperlihatkan NBA 2K21 dimainkan di konsol generasi baharu, khususnya di PlayStation 5, anda boleh lihat video tersebut di bawah.

Secara jelasnya, versi PS5 ini menyertakan rekaan yang lebih baik jika ingin dibandingkan dengan permainan NBA 2K sebelum ini, termasuk juga NBA 2K21 untuk PS4 dan Xbox One. Rekaan wajah nampak lebih realistik berbanding biasa, ini termasuk juga rekaan-rekaan penonton.

NBA 2K21 menerima naik taraf ke konsol generasi baharu jika anda membeli Mamba Edition yang dijual dengan harga RM459. Ia juga boleh dibeli secara berasingan untuk PS5 dan Xbox Series X kelak.

Sohor Kini