Skip to main content

Free Guy adalah filem mengenai watak NPC yang memberontak, yang mana menerima kesedaran dan ingin cuba bebaskan diri. Filem ini adalah filem dari 20th Century Studio yang sepatutnya ditayangkan pada bulan Julai lalu. Namun disebabkan Covid-19, filem ini telah ditunda beberapa kali sehingga tarikh yang tidak diketahui.

Baru-baru ini, filem ini telah menerima poster baharu yang menyatakan tarikh tayangan adalah 11 Disember 2020. Ryan Reynolds adalah salah seorang pelakon utama dalam filem ini. Filem ini adalah aksi komedi dan tidak dinafikan akan ada banyak parodi dari permainan video lain. Harapnya, 11 Disember ini juga merupakan tarikh tayangan di Malaysia dan tidak akan ada tundaan lagi.

Leave a Reply