Skip to main content

Barangan tambahan yang akan disertakan di dalam pembelian untuk permainan Cyberpunk 2077 telah tertiris. Seperti diumumkan, setiap pembelian akan menyertakan peta, muzik latar, poskad, dan juga lencana.

Berdasarkan perkongsian di Resetera, rekaan poskad dan juga peta telah diperlihatkan.

Peta tersebut memperlihatkan kawasan-kawasan yang bakal tiba di dalam permainan Cyberpunk 2077. Namun, ia tidak memperlih kawasan Badland, iaitu kawasan di luar bandar.

Peta tersebut juga nampak tidak seluas peta kebiasaan untuk permainan dunia terbuka. Namun, CD Projekt Red ada mengatakan yang pengembaraan untuk Cyberpunk 2077 turut melibatkan memasuki bangunan-bangunan tinggi.

Jika anda ingin melihat peta tersebut dengan lebih mendalam, peminat juga telah menghasilkan peta interaktif berdasarkan gambar yang tertiris tersebut. Anda boleh melihatnya di pautan ini; https://www.purecyberpunk.com/map/.

Cyberpunk 2077 telah siap dibangunkan dan akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply