Skip to main content

Daniel Ahmad iaitu penganalisa untuk Niko Partner mengatakan yang berdasarkan data sedia ada, Genshin Impact dianggarkan akan menjana sehingga $100 juta sejak ia dilancarkan 28 September sehingga penghujung bulan ini.

Jumlah tersebut adalah untuk setiap platform yang dilancarkan iaitu PlayStation 4, PC dan juga permainan mudah alih untuk iOS dan Android. Ia juga diumumkan untuk Switch, tetapi buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran.

Genshin Impact merupakan permainan aksi RPG yang boleh dimainkan secara percuma, tetapi mempunyai pembelian di dalam permainan dan menyertakan elemen gacha.

Leave a Reply