Skip to main content

Purple Tree Studio dan Zordix hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan parti yang diinspirasikan berdasarkan siri Bomberman, iaitu Ponpu akan dilancarkan pada 5 November 2020 ini. Menurut mereka, permainan ini akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

https://www.youtube.com/watch?v=hZZTam9_7l4&feature=youtu.be

Ponpu merupakan permainan parti pertempuran di mana menurut Purple Tree Studio, permainan ini diinspirasikan berdasarkan siri Bomberman di mana pemain berupaya untuk meletak dan membaling bom untuk bertempur dengan musuh dan menyelesaikan tekaria.

Menurut pembangun, permainan ini boleh dimainkan secara solo dan multi-pemain dengan pelbagai peringkat permainan termasuklah elemen pengembaraan yang mana pemain boleh bertempur dengan pelbagai ketua musuh.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang November ini.

Leave a Reply