Skip to main content

Toyota Motor Asia Pacific minggu ini mengumumkan mereka akan adakan kejohanan perlumbaan permainan Gran Turismo Sports, GR Supra GT Cup Asia pada 25 Oktober ini bagi pusingan akhir selepas tamatnya pusingan kelayakan baru-baru ini.

Kejohanan tersebut akan meletakkan 15 pemain pelumba yang terdiri daripada 3 pemain terbaik setiap negara dari Thailand, Singapura, Filipina, India dan Malaysia untuk berlumba sebagai juara dan berpeluang untuk menyertai kejohanan peringkat global iaitu GR Supra GT Cup 2020 yang akan berlangsung Disember ini.

Mewakili Malaysia adalah tiga pelumba iaitu Muhammad Iqbal Bin Ahmad Suji, Taj Izrin Aiman Bin Taj Madira dan Mior Muhammad Hafiz Bin Mior Lahmudin di mana mereka adalah juara untuk pusingan kelayakan bagi peringkat Malaysia yang diadakan bulan lepas melalui kejohanan Toyota GR Velocity Esports Championship di mana keseluruhan perserta membawa pulang wang hadiah terkumpul sehingga RM70,000.

Kejohanan tersebut akan ditayangkan secara langsung pada 25 Oktober 2020 ini di mana informasi lanjut berkenannya boleh di baca di laman rasmi One Esports.

Bagi anda yang berminat, keseluruhan kejohanan pusingan kelayakan tersebut boleh ditonton di bawah.

Leave a Reply