EA hari ini telah mengumumkan yang Need for Speed Hot Pursuit Remastered akan dilancarkan pada 6 November untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC, manakala untuk Nintendo Switch ia akan tiba pada 13 November.
Ia merupkan versi penambah-baikkan untuk permainan berjudul sama yang dikeluarkan pada 10 tahun lepas. Melalui versi ini, mereka akan menyertakan kualiti grafik yang lebih baik iaitu;
- PS4 Pro/Xbox One X – 4K/30FPS atau 1080/60FPS
- PS4/Xbox One – 1080/30FPS
- PC – sehingga 4K/60FPS
- Switch – 1080/30FPS di TV atau 720/30FPS secara mudah alih
Versi Remastered ini akan menyertakan kesemua DLC iaitu Pek SCPD Rebel Racer, Pek Super Sportsm Pek Armed & Dangerousm Pek Lamborghini Untamed dan Pek Porsche Unleashed. Selain itu mereka juga menyertakan pelbagai penambahan kosmetik, mod foto dan galeri serta mod multi-pemain yang menyokong fungsi rentas platform di antara semua platform.
Jika anda ingin melihat senarai penuh kereta yang akan disertakan di dalam permainan ini, anda boleh membacanya di pautan ini. Sesi pra-tempah telah dibuka dengan harga RM149 di PS Store, $39.99 di Xbox Store dan RM119 di Steam.