CD Projekt Red hari ini mengumumkan yang permainan seterusnya oleh mereka iaitu Cyberpunk 2077 telah siap dibangunkan. Mereka mengumumkan perkara tersebut melalui akaun Twitter rasmi permainan tersebut.

Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga mengesahkan yang ia akan dikeluarkan pada 19 November 2020 dan tidak lagi akan ditunda.

Pada minggu lepas, CD Projekt Red telah mewajibkan pembangun mereka untuk bekerja 6 hari seminggu sebagai pecutan terakhir sebelum permainan dikeluarkan.

Adakah perkara tersebut telah berakhir dengan pengumuman terbaru ini? Berkemungkinan tidak, kerana mereka mungkin sedang melakukan penambah-baikkan yang akan menjadi kemaskini tampalan hari pertama.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini