Pada minggu lepas, kami telah melaporkan yang laman Uberchips yang menjual konsol Switch yang telah digodam bersetuju untuk membayar $2 juta kepada Nintendo dan akan menutup operasi mereka. Uberchips menggunakan cip yang dihasilkan oleh Team-Xecuter.

Tidak lama kemudian, kerajaan Amerika Syarikat melalui Department of Justice (DOJ) telah mendakwa 3 ahli daripada Team-Xecuter di atas kesalahan mengambil keuntungan melalui produk cetak rompak. Dua daripada tertuduh iaitu Max Louaran warganegara Perancis dan Gary Bowser warganegara Kanada. Seorang lagi iaitu Yuannig Chen warganegara China masih tidak dijumpai.

DOJ mengatakan yang 3 orang ini adalah sebahagian kecil Team-Xecuter yang mempunyai lebih 12 ahli daripada pelbagai negara.

Sohor Kini