Berdasarkan pandang pertama untuk PS5 yang diterbitkan oleh Famitsu, mereka telah mengesahkan yang Sony mengambil keputusan untuk menjadikan butang ‘X’ ataupun Pangkah sebagai butang untuk pengesahan. Di beberapa benua, termasuk juga Jepun dan Asia buat masa ini menggunakan butang ‘O’ untuk pengesahan.
Menurut Famitsu lagi, keputusan tersebut dibuat kerana kebanyakan permainan terutama daripada pembangun Amerika Syarikat dan Eropah, mereka menggunakan butang ‘X’ di dalam permainan. Perubahan ini akan memberi pengalaman berterusan.
Bagi anda yang sudah terbiasa menggunakan butang ‘O’ ini mungkin akan mengambil sedikit masa untuk biasakan, anda juga boleh mengubah tetapan di PS4 jika ingin membiasakan diri, namun begitu juga untuk PS5 kelak, tetapan masih boleh diubah.