Skip to main content

Filem berdasarkan siri permainan oleh Capcom iaitu Monster Hunter akhirnya menerima video acah pertama secara rasmi di mana IGN berkongsi satu video acah berdurasikan 16 saat yang memperlihatkan beberapa watak askar akan bertempur dengan raksasa Diablos.

Berdasarkan deskripsi video acah tersebut, ia kelihatan watak Milla Jovovich merupakan askar dari dunia nyata yang dipindahkan ke satu dunia yang penuh dengan raksasa di mana mereka akan bekerjasama bersama seorang pemburu yang dilakonkan oleh Tony Jaa untuk menumpaskan raksasa-raksasa tersebut.

Filem ini di arahkan oleh Paul W.S. Anderson di mana beliau terkenal dengan siri filem aksi-nyata Resident Evil dan berdasarkan video acah di atas, kelihatan filem ini mungkin akan ditayangkan lebih awal iaitu Disember ini berbanding tarikh yang dilaporkan oleh Deadline sebelum ini.

Leave a Reply