Mediatonic dan Devolver Digital telah mengumumkan yang Fall Guys Musim ke-2 akan bermula pada 8 Oktober 2020. Seperti diumumkan sebelum ini, ia akan menyertakan pelbagai kostum-kostum bertemakan medieval dan pada masa yang sama, peringkat permainan baharu yang mana juga mempunyai tema yang sama.
Selain itu, mereka juga mengumumkan musim pertama akan berakhir setelah musim kedua bermula, dan sepanjang masa ini, akan terdapat gandaan untuk markah Fame untuk membantu anda memenuhkan tahap pas semusim.
Fall Guys: Ultimate Knockout sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Mini โ Fall Guys: Ultimate Knockout.