4 Permainan Menarik Untuk Bulan Oktober 2020

Kita sudah berada suku terakhir untuk tahun 2020, dan juga tinggal sebulan lagi sebelum memasuki era konsol generasi baharu. Namun, tidak bermaknan yang generasi sekarang tidak menerima permainan menarik, bahkan suku terakhir ini juga adalah suku yang banyak permainan menarik akan dikeluarkan dan tidak semestinya untuk konsol baharu.

Seperti biasa, melalui artikel ini kami akan kongsikan 4 permainan menarik yang akan tiba pada bulan ini;

FIFA 21

Benar untuk dikatakan yang permainan FIFA saban tahun akan menyertakan penambahan yang minima sahaja, namun ia masih lagi permainan yang dinanti-nanti oleh pemain. Ia juga akan menjadi permainan FIFA pertama yang akan tiba untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X. Volta Football juga akan kembali untuk tahun kedua dan EA menjanjikan pelbagai penambah-baikkan. FIFA 21 akan dikeluarkan pada 21 Oktober untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Switch akan menerima Legacy Edition.

Crash Bandicoot 4: It’s About Time

Permainan terbaru untuk siri Crash Bandicoot sudah semestinya dinanti-nanti ramai. Terutama dengan keluarnya Crash Bandicoot N. Sane Trilogy ia telah menerima pengikut baharu. Activision telah menjanjikan pelbagai peringkat yang berlainan selain dapat bermain sebagai lebih banyak watak. Crash Bandicoot 4: It’s About Time sudah dikeluarkan bermula minggu ini untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Watch Dogs Legion

Ubisoft cuba memperkenalkan sesuatu baharu untuk permainan ketiga bagi siri Watch Dogs. Di dalam permainan ini, berbanding menjadi satu watak, pemain boleh menjadi pelbagai watak berlainan dan boleh rekrut watak-watak daripada hampir kesemua NPC di dalamnya. Ia adalah satu yang menarik di atas kertas, tetapi masih tidak pasti jika ia menjadi menarik ataupun membosankan. Satu yang pasti, ia adalah permainan yang saya nanti-nantikan. Watch Dogs Legion akan dikeluarkan pada 29 Oktober untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Star Wars: Squadrons

Selepas mengeluarkan Star Wars: Battlefront II, EA telah dikritik kerana tidak menggunakan IP Star Wars dengan baik, namun mereka telah mengeluarakan Star Wars Jedi: Fallen Order yang dipuji ramai, dan kini mereka mengeluarkan Star Wars Squadrons iaitu satu permainan pertempuran jet pejuang di dalam dunia Star Wars. Turut menyertakan penceritaan yang berkait dengan siri filem Star Wars ia adalah menarik untuk peminat Star Wars tambahan lagi bagi yang meminati permainan pertempuran jet pejuang. Star Wars Squadrons sudah dikeluarkan minggu ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.


Selain itu, bagi peminat permainan seram terdapat dua permainan yang akan tiba pada bulan ini iaitu Remothered: Broken Porcelain, Amnesia: Rebirth dan juga The Dark Pictures Anthology: Little Hope. Jika anda ingin melihat senarai penuh anda boleh lihat-nya di senarai yang kami sertakan di bawah.

Sohor Kini