Vanity Fair telah melaporkan yang Bad Robot iaitu syarikat produksi J.J Abrams dan Warner Bros melalui Warner Animation Group telah mengumumkan yang mereka bakal tiba dengan siri filem berdasarkan penulisan oleh Dr. Seuss atau nama sebenar beliau Theodor Seuss Geisel.

Melalui kerjasama ini mereka merancang untuk menghasilkan satu dunia Dr. Seuss yang akan disertakan dengan pelbagai filem dan mungkin melangkaui penulisan Dr. Seuss sendiri. Menurut Susan Brandt iaitu President untuk Dr. Seuss Enterprises, filem-filem berdasrkan karya Dr. Seuss sebelum ini dihasilkan secara kendiri, kali ini mereka ingin menghasilkan sesuatu yang berterusan.

Filem pertama yang akan tiba adalah pada tahun 2024 iaitu The Cat in the Hat yang akan diarah oleh Erica Rivinoja yang merupakan penulis serta penerbit untuk South Park bersama dengan Art Hernandez. Filem kedua dirancangkan untuk tahun 2026 iaitu Thing One and Thing Two dan akhir sekali Oh, the Places You’ll Go yang akan tiba pada tahun 2027.

Sohor Kini