World of Warcraft Shadowlands Ditunda Ke Akhir Tahun Ini

Blizzard hari ini mengumumkan penambahan seterusnya untuk World of Warcraft iaitu Shadowland telah ditunda ke akhir tahun ini, akan tetapi mereka masih tidak mempunyai satu tarikh yang tetap. Shadowland sepatunya dikeluarkan pada 26 Oktober ini.

Mereka menyatakan walaupun kebanyakan bahagian di dalam permainan tersebut sudah boleh diperlihatkan akan tetapi mereka menyedari yang lebihan masa diperlukan untuk mengimbangkan lagi dan juga menambah-kandungan terutama bahagian endgame.

Penambahan Shadowlands pertama kali diumumkan ketika Blizzcon pada tahun lepas, ia berlaku selepas kejadian di dalam Battle Of Azeroth yang mana kali ini pemain akan mengembara di pelbagai lokasi baharu untuk menghalang Syvanas setelah beliau menghancurkan Helm of Domination.

Sohor Kini