Skip to main content

Semasa pengumuman awal untuk Mario Kart Live: Home Circuit pada bulan lepas, kita sedia maklum yang ia adalah permainan Mario Kart tetapi mengawal mario kart fizikal. Hari ini, Nintendo telah berkongsi lanjut mengenai perkakas baharu oleh mereka.

Selain boleh dikawal seperti biasa, mario kart fizikal yang disertakan juga akan terkesan dengan apa yang berlaku di dalam permainan, contohnya, jika anda terkena kuasa yang memperlahankan, kereta fizikal tersebut juga akan menjadi perlahan. Begitu juga apabila anda memilih kelajuan perlumbaan, iaitu 50CC, 100CC, 150CC ataupun 200CC.

Mereka juga memperlihatkan bagaimana pemain boleh menghasilkan litar sendiri, pemain perlu meletakkan 4 pintu pagar, dan melakukan pemanduan pertama untuk menentukan arah litar tersebut, asalkan ia melalui keempat-empat pintu pagar pemain boleh menghasilkan litar dengan pelbagai bentuk.

Selain bermain bersama pemain lain, yang akan mempunyai set Mario Kart Live: Home Circuit mereka sendiri, terdapat juga mod permainan secara solo antara Grand Prix seperti yang disertakan di dalam permainan Mario Kart. Ia akan memberikan pelbagai ganjaran untuk anda nyah kunci kart-kart serta kostum yang berlainan.

Mario Kart Live: Home Circuit akan hadir dengan dua versi iaitu Mario dan Luigi, iadisertakan satu kereta mainan, pemandu bergantung kepada versi, 4 pintu pagar, 2 penunjuk arah dan wayar pengecas. Satu set dijual dengan harga $99.99 dan akan mula tiba pada 19 Oktober 2020.

Leave a Reply