Skip to main content

Frictional Games dan IGN hari ini akhirnya mempertontonkan video khas bentuk permainan Amnesia: Rebirth. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan ini akan dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan PC menjelang 20 Oktober 2020.

Bagi anda yang tidak mengetahui permainan Amnesia: Rebirth, ia merupakan siri permainan seram yang memfokuskan pandangan pertama di mana pemain bukan sahaja perlu menyelesaikan misteri dan tekaria permainan tersebut malah perlu melarikan diri dari diburu oleh ‘hantu’.

Amnesia: Rebirth merupakan permainan ketiga buat siri Amnesia selepas Amnesia The Dark Descent dan A Machine For Pigs. Melalui permainan ini, ia merupakan sekuel terus daripada permainan sebelum ini di mana ia memfokuskan watak Tasi Trianon di lokasi padang pasir Algeria.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang bulan ini.

Leave a Reply