CD Projekt Red hari ini telah memperlihatkan iklan TV untuk Cyberpunk 2077. Dari segi bentuk permainan, tiada perkara baharu yang diperlihatkan akan tetapi sekurang-kurangnya anda boleh melihat Keanu Reeves di dalamnya.
Keanu Reeves merupakan antara yang akan menyumbangkan lakonan bagi permainan ini. Di mana beliau akan menjadi ‘roh’ yang berada di dalam minda pemain sebagai Johnny Silverhand.
Ini merupakan antara pecutan terakhir untuk mereka mempromosikan Cyberpunk 2077 sebelum ia dikeluarkan kelak, selain promosi, CD Projekt Red tampaknya juga telah mengarah pembangun mereka untuk bekerja lebih masa bagi memastikan permainan tersebut dapat dikeluarkan dengan kualiti memuaskan.
Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 19 November 2020 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.