Nintendo mengumumkan Jump Rope Challenge iaitu permainan melompat tali menggunakan JoyCon yang dibangunkan oleh pembangun mereka semasa PKP akan terus boleh dimuat turun untuk satu masa yang tidak ditentukan lagi.
Mereka sebelum ini mengumumkan yang permainan tersebut ditawarkan buat masa terhad sahaja dan akan dibuang pada bulan September. Selain itu, Nintendo juga telah mengumumkan terdapat 2.5 bilion lompatan yang dilakukan oleh pemain.
Jump Rope Challenge boleh dikatakan satu permainan popular terutama kerana ditawarkan secara percuma, Nintendo sebelum ini juga telah menyertakan pelbagai kandungan tambahan.