Sumo Group iaitu syarikat induk untuk Sumo Digital pembangun bagi permainan Sackboy telah mengumumkan pengambil-alihan Pipeworks Studios iaitu pembangun untuk permainan seperti Prominence Poker. Harga pengambil-alihan ini tidak diumumkan.

Selain Sumo Digital, Pipeworks Studios akan menyertai studio-studio seperti Lab42 Limited, The Chinese Room, Atomhawk Design Ltd. dan Red Kite Games Limited di bawah Sumo Group.

Dengan penambahan 134 pembangun dari Piperworks Studios, Sumo Group juga kini mempunyai hampir 1 ribu pembangun secara keseluruhan. pengambil-alihan ini juga dikatakan untuk membantu Sumo Group menebus pasaran Amerika Syarikat.

Sohor Kini