KartRider Rush+ Menganjurkan Acara Kolaborasi Bersama Hyundai

Nexon hari ini telah mengumumkan permainan mudah alih kart mereka KartRider Rush+ menganjurkan acara kolaborasi bersama dengan Hyundai iaitu pengeluar kereta dari Korea Selatan. Melalui acara pemain berpeluang untuk mendapat kart Sonata N Line sehingga 18 Oktober 2020.

Pemain perlu menebus menggunakan Shard yang diperoleh dengan melakukan pelbagai aktivti sampingan sepanjang acara masa terhad ini. Selain itu, terdapat juga barangan lain yang boleh ditebus seperti N Line Balloons dan N Line Plates.

KartRider Rush+ sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Sohor Kini