Super Mario Bros 35 merupakan permainan Super Mario Bros tetapi menerima sentuhan sistem Battle Royale. Ia diumumkan ketika Direct khas untuk ulang tahun ke-35 Super Mario. Hari ini, permainan tersebut boleh mula dimuat turun oleh pelanggan Nintendo Switch Online secara percuma.

Ia mempunyai konsep yang sama dengan Tetris 99, di mana anda akan bermain dengan 34 pemain lain dan melalui pelbagai peringkat Mario, pemain yang paling lama bertahan akan memenangi perlawanan tersebut. Setiap penjahat yang dibunuh oleh pemain, boleh dihantar ke pemain lain,

Oleh kerana ia dilancarkan secara rasmi pada 1 Oktober, anda perlu menggunakan akaun-akaun negara yang berkenaan. Jika anda menggunakan akaun Amerika Syarikat ataupun Eropah, ia masih lagi tidak boleh dimuat-turun semasa penulisan artikel ini.

Permainan ini ditawarkan buat masa terhad sahaja di mana pemain hanya boleh bermain sehingga 31 Mac 2021.

Sohor Kini