Activision dan Infinity Ward minggu ini akhirnya melancarkan kandungan musim ke-6 buat permainan Call Of Duty Modern Warfare dan Warzone yang mana seperti biasa, musim ini akan menyertakan pelbagai ganjaran baharu melalui Battle Pass dan kemaskini permainan.
Melalui kandungan musim ke-6 ini, ianya akan memfokuskan watak Nikolai dan Farah di mana pemain boleh dapatkan kedua-dua watak Operator tersebut sebagai sebahagian daripada Battle Pass. Menariknya, Activision juga mengumumkan kandungan mod baharu Haunting Of Verdask bersama pelabgai kandungan lain.
Pada masa yang sama, pada hujung minggu ini, Activision juga mengumumkana cara khas bersempena musim luruh percuma buat semua pemain di mana ia akan menyertakan pelbagai ganjara bertemakan perayaan tersebut seperti pelekat kek bulan, tanglung dan sebagainya bermula hari ini sehingga 3 Okotber ini.
Untuk informasi lanjut, anda boleh ke laman rasmi Activision di mana mereka menyenaraikan kesemua kemaskini dengan lebih terperinci.
Call of Duty Modern Warfare dan Call of Duty Warzone sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.