Kemaskini, 6 Oktober – Permainan percuma untuk pelanggan PS Plus bagi bulan Oktober kini boleh dimuat turun. Melalui pautan berikut;


Artikel Asal – Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan Oktober 2020 ini untuk pelanggan Malaysia.

Terdapat 2 permainan yang diumumkan di mana pemain boleh mula memuat-turunnya bermula 6 Oktober sehingga 2 November ini. 2 Permainan tersebut adalah:

  • Need for Speed Payback
  • Vampyr

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma PlayStation Plus bagi bulan September anda boleh memuat-turunnya sehingga 5 Oktober ini.

Sohor Kini