Skip to main content

Nintendo hari ini mengumumkan yang pengumuman watak seterusnya untuk Super Smash Bros Ultimate akan berlangsung esok, iaitu 10 Malam, 1 Oktober 2020. Melaluinya, pemain akhirnya dapat mengetahui watak DLC seterusnya untuk Fighter Pass 2 selepas Min Min dari Arms tiba bulan Jun lepas.

Seperti diumumkan sebelum ini, Fighter Pass 2 akan mengandungi 6 watak berbanding 5 watak untuk Fighter Pass yang pertama. Ia ditawarkan dengan harga $29.99 untuk semua ataupun $5.99 untuk satu watak sahaja.

Super Smash Bros. Ultiamte sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch.

Leave a Reply