Skip to main content

Kelmarin, kes Apple dan Epic Games telah dibicarakan di mahkamah, di mana Epic Games memfailkan kes anti-trust terhadap Apple kerana membuang Fortnite daripada App Store, Apple pula memfailkan saman terhadap Epic Games kerana melanggar polisi App Store secara sengaja.

Berdasarkan bacaan awal oleh hakim Gonzales Rogers telah mengatakan yang Apple mempunyai hak untuk mempertahankan polisi mereka dan turut menegur Epic Games kerana melanggar secara sengaja polisi tersebut. Namun, beliau mencadangkan kedua-dua kes tersebut dibicarakan di depan juri.

Beliau memberi cadangan tersebut kerana tidak mahu keputusan hanya dikeluarkan oleh seorang hakim sahaja, tambahan beliau juga tidak mahu membicarakan dua kes serentak. Apple sebelum ini juga telah meminta untuk kes tersebut dibicarakan di depan juri.

Namun, hari ini, Apple dan Epic Games mengeluarkan kenyataan bersama dan menolak perbicaraan juri dan ingin keputusan dilakukan terus oleh hakim. Hakim sebelum ini mencadangkan perbicaraan juri dilakukan pada tahun hadapan, dengan perkembangan terbaru ini, masih tidak disahkan lagi bila Apple dan Epic Games kembali ke mahkamah.

Leave a Reply