Sumo Digital dan SIE telah membuka sesi pra-tempah untuk permainan platform koperasi Sackboy: A Big Adventure melalui PS Store. Ia ditawarkan dengan dua edisi iaitu biasa dengan harga RM249 dan Digital Deluxe Edition dengan harga RM339.
Setiap pra-tempah akan menerima komik digital Sackboy, manakala Digital Deluxe Edition pula akan menerima komik tersebut bersama dengan buku seni digital, muzik latar, 4 emotes dan 20 Avatars.
Selain itu, pemain juga akan menerima 4 kostum iaitu Jin dari Ghost of Tsushima, Sam Porter Bridges dari Death Stranding, Connor dari Detroit: Become Human dan Deacon St. John dari Days Gone.
Mereka juga mengumumkan Special Edition secara fizikal yang akan menyertakan tambahan buku seni fizikal dan figura Sackboy.
Bagi anda yang ini mengetahui lanjut mengenai permainan ini, Sumo Digital juga telah berkongsi satu video yang menerangkan bentuk permainan yang hadir bersama dengan permainan ini. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Sackboy: A Big Adventure akan dikeluarkan pada 12 November untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5.