Festival Filem Antarabangsa Tokyo kali ke-33 bakal berlangsung pada 31 Oktober sehingga 9 November ini. Antara filem yang bakal dipertontonkan adalah Mukhsin iaitu filem oleh pengarah Yasmin Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 2009.

Menariknya, filem tersebut telah dipulihkan secara digital untuk mendapat versi resolusi 4K oleh Japan Foundation Asia Center iaitu yayasan yang memfokuskan kepada pertukaran budaya dan seni. Proses tersebut telah diselia oleh Low Son Keong, sinematografer untuk filem-filem Yasmin Ahmad.

Mukhsin merupakan filem keempat Yasmin Ahmad dan dikeluarkan pada tahun 2007. Ia dibintangi oleh Mohd Shafie Naswip, Syarifah Aryana dan Syarifah Aleya.

Sohor Kini