Kemaskini: Adam Badowski melalui akaun Twitter beliau telah mengesahkan perkara ini. Beliau mengatakan yang setiap masa bekerja tambahan akan dibayar, selain itu mereka juga mengatakan 10% daripada keuntungan CD Projekt Red akan dibagikan kepada pasukan pembangun.


Bloomberg hari ini melaporkan yang CD Projekt Red telah memberi arahan untuk pasukan pembangun Cyberpunk 2077 menambah jam bekerja termasuk juga mengambil sehari sahaja cuti hari minggu sebagai pecutan terakhir sebelum permainan tersebut dilancarkan pada 19 November ini.

Perkara tersebut adalah bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh CD Projekt Red sebelum ini di mana mereka akan mengelak daripada mewajibkan bekerja lebih masa. Berdasarkan sumber dalaman, sudah terdapat pekerja yang bekerja lebih masa untuk beberapa bulan yang lepas.

Di dalam emel dalaman, Ketua CD Projekt Red Adam Badowski mengatakan yang beliau bersedia untuk dikritik kerana membuat keputusan tersebut, dan sedar yang ia adalah sesuatu bertenggan dengan apa yang dijanjikan oleh studio. Namun, mereka mengatakan mereka sudah tidak mempunyai pilihan lain.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 19 November 2020 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini