Nintendo Switch merupakan konsol mudah-alih yang ditawarkan Nintendo dan mempunyai angka pengguna dan peminat yang tinggi. Walaupun begitu, mungkin ada antara anda yang membeli Nintendo Switch, dan telah sekian lama tidak memainkannya.

Bercakap mengenainya, Nintendo mengatakan pengguna digalakkan mengecas konsol berkenaan sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

Nintendo mengatakan bateri yang hadir terbina pada konsol permainan berkenaan mungkin tidak boleh dicas sekiranya tidak digunakan untuk tempoh masa yang lama. Disebabkan itu, pengguna digalakkan mengecas sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

Sohor Kini