Oddworld Inhabitants dan Microid hari ini mengumumkan yang Oddworld New ‘n’ Tasty akan dikeluarkan untuk Switch pada 27 Oktober 2020 dan pemain boleh mula pra-tempah pada 13 Oktober ini. Video pengumuman boleh ditonton di bawah.
Oddworld New ‘n’ Tasty merupakan permainan platformer yang dikeluarkan sejak tahun 2014 lagi untuk PS3, PS4, PS Vita, Xbox One, Wii U, PC dan juga sebagai permainan mudah alih.
Ia merupakan versi olahan semula untuk permainan pertama Oddworld iaitu Oddworld: Abe’s Oddysee yang dikeluarkan pada tahun 1997. Permainan terbaru untuk siri ini juga sedang dibangunkan iaitu Oddworld: SoulStorm yang akan tiba untuk PS4, PS5 dan PC.