Pemain perlu menunggu lebih sebulan lagi untuk akhirnya bermain Assassin’s Creed Valhalla, namun sebelum itu, Ubisoft telah berkongsi satu video acah baharu dan kali ini ia memfokuskan kepada penceritaan di dalamnya.

Bagi Aassassin’s Creed kali ini, pemain akan menjadi Eivor, watak yang boleh ditukar jantina pada bila-bila masa. Beliau adalah Viking yang berhijrah dari Norway ke England untuk mencari tempat baharu bagi membina penempatan buat puaknya. Beliau juga telah bertemu dengan Hidden Ones iaitu kumpulan Assassin awal yang ditubuhkan oleh Bayek

Assassin’s Creed Valhalla akan dikeluarkan pada 10 November untuk PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series dan PC. Versi PS5 akan tiba pada 12 November. Semua versi PS4 dan Xbox One akan menerima naik taraf percuma.

Sohor Kini