Sensor Tower minggu ini telah membuat anggaran yang permainan mudah alih oleh InnerSloth iaitu Among Us telah dimuat turun sebanyak 120 juta kali di iOS dan juga Android. Walaupun dikeluarkan pada tahun 2018 lagi, ia mula menerima perhatian baru-baru ini, di mana 70% jumlah muat turun dadalah pada bula Ogos sehingga September tahun ini.

Penyumbang utama adalah Amerika Syarikat dengan 20% diikuti oleh Brazil dan India di tempat ketiga. Bagi platform pula, 69% adalah melalui Play Store dan selebihnya App Store.

Walaupun peningkatan mendadak untuk jumlah muat turun, akan tetapi permainan yang ditawarkan percuma tersebut hanya menjana pendapatan sebanyak $11 juta. Mereka menawarkan bayaran untuk membuang iklan dan juga membeli barangan kosmetik.

Among Us turut dikeluarkan untuk PC melalui Steam.

Sohor Kini