Perfect World Entertainment dan Echtra hari ini mengumumkan yang permainan Torchlight III akan dikeluarkan secara rasmi pada 13 Oktober untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Manakala untuk Switch ia akan dikeluarkan kemudian.

Torchlight III telah dikeluarkan secara akses awal di Steam sejak Jun lepas dan pada Oktober ini, pemilik akses awal akan menerima versi penuh bagi permainan tersebut.

Torchlight III merupakan permainan pengembaraan dengan pandangan isometrik di mana sebelum ini, diumumkan sebagai permainan Torchlight Frontiers, kemudian Echtra Games mengambil keputusan untuk mengubahnya menjadi Torchlight III.

Di dalam permainan ini, pemain boleh mengembara di dalam Frontier untuk melawan penjahat, mendapatkan pelbagai barangan secara solo ataupun koperasi sehingga 4 pemain. Pemain juga boleh membina kubu sendiri.

Sohor Kini