Microsoft hari ini telah mengumumkan yang EA Play akan menyertai Xbox Game Pass pada 10 November ini untuk konsol, iaitu tarikh yang sama dengan pelancaran Xbox Series.

Bagi pelanggan Xbox Game Pass untuk PC pula, EA Play akan disertakan lebih lambat, iaitu pada bulan Disember tetapi tiada tarikh tetap yang diumumkan.

Selain itu, mereka juga melakukan pengumuman untuk permainan yang akan tiba di Xbox Game Pass pada awal bulan Oktober ini. Berikut adalah senarai permainan;

  • Doom Eternal (Xbox One) – 1 Oktober
  • Drake Hollow (PC) – 1 Oktober
  • Brutal Legend (Xbox One) – 8 Oktober
  • Forza Motosport 7 -(Xbox One, PC) – 8 Oktober
  • Ikenfell (Xbox One, PC) – 8 Oktober

Berikut pula adalah senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 15 Oktober;

  • Felix the Reaper
  • Metro 2033
  • Minit
  • Saints Row IV Re-Elected
  • State of Mind

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini