Skip to main content

Nintendo dan Game Freaks telah mengumumkan penambahan seterusnya untuk Pokemon Sword & Shield iaitu The Crown Tunda akan dikeluarkan pada 22 Oktober ini. Ia adalah bahagian kedua penambahan bagi permainan tersebut selepas The Isle of Armor dikeluarkan pada 17 Jun lepas.

Seperti diumumkan sebelum ini, penambahan ini akan menyertakan satu kawasan baharu yang memfokuskan kepada bahagian bersalji. Selain kawasan baharu ia juga akan menyertakan Pokemon baharu, antara Pokemon Legendary Calyrex, Pokemon sebelum ini yang tidak disertakan di dalam permainan asas, dan juga mod permainan baharu iaitu Dynamax Adventures.

Selain itu, mereka juga mengumumkan penawaran permainan asas bersama dengan penambahan dalam satu pakej. Ia akan mula tiba pada 6 November 2020.

Leave a Reply