Skip to main content

Hawkeye adalah salah satu siri TV Disney+ yang berlaku dalam fasa keempat MCU dan selepas Avengers: Endgame. Siri TV ini dilaporkan mungkin akan menjelaskan kisah silam Hawkeye/Clint Barton dan juga memperlihatkan penampilan watak Kate Bishop. Siri TV ini turut dilaporkan sudah menerima pengarah, iaitu Duo Amber Finlayson (Bert) & Katie Ellwood (Bertie) dan Rhys Thomas.

Terkini menurut laporan The Direct, siri TV Hawkeye akan menampilkan penjahat bernama Madame Masque atau nama sebenar beliau adalah Giuletta Nefaria. watak ini turut dikatakan masih dalam proses mencari pelakon lagi. Siri TV ini juga dijangka akan mengambil inspirasi dari komik Hawkeye karya Matt Fraction.

Siapakah Madame Masque ini? Di dalam komik beliau adalah seorang waninta yang memakai topeng emas kalis peluru, bagi menutupi wajah beliau yang cacat. Beliau dikenali dengan kebolehan bertempur tanpa senjata serta mahir dalam bidang robotik. Disebabkan kemahiran dalam robotik, beliau dalam komik turut terkenal sebagai musuh Iron Man – tetapi turut menjadi musuh Hawkeye dan Kate Bishop.

Dalam komik juga, Madame Masque telah ditewaskan oleh Hawkeye di Madripoor. Lokasi ini turut dilaporkan akan muncul dalam siri TV The Falcon and The Winter Soldier. Siri TV ini akan disiarkan pada tahun 2022 di Disney+, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply