Seperti diumumkan pada Ogos lepas, CD Projekt hadir dengan permainan mudah alih berdasarkan siri The Witcher iaitu permainan realiti terimbuh, The Witcher: Monster Slayer. Bermula hari ini, pemain di Malaysia, Filipina dan Singapura boleh memuat turun dan mencubanya tetapi terhad untuk iOS sahaja.

Seperti mana permainan realiti terimbuh yang lain, pemain perlu berjalan secara nyata untuk mencari raksasa. Mereka juga mengatakan setiap misi akan mempunyai penceritaan tersendiri. Menariknya, ia akan menggunakan informasi tempatan seperti masa, keadaan cuaca untuk menentukan raksasa yang boleh dijumpai oleh pemain.

Anda boleh memuat turun permainan ini melalui App Store di phone anda ataupun melalui pautan ini.

Sohor Kini