Siri TV The Boys, tidak dinafikan adalah siri TV adiwira yang baik. Ia berbeza dengan DC atau Marvel, kerana ia lebih memfokuskan kepada aksi yang ganas, ngeri, aksi kejam dan komedi. The Boys adalah siri TV yang disiarkan secara eksklusif di Amazon Prime Video, yang mana siri TV ini adalah berasaskan komik juga. Buat masa ini, musim kedua sedang berlangsung lagi dan baru sahaja tiba ke episod enam.

Terkini, menurut Reelgood – siri TV The Boys adalah siri TV berasaskan komik yang paling banyak distrim secara berturut-turut selama empat minggu. Ia menewaskan Watchmen (HBO), The Umbrelaa Academy (Netflix) dan banyak lagi.

Tetapi pada hemat kami, carta ini tidak adil kerana Prime Video boleh diakses oleh ramai orang dengan mudah. Tidak seperti Diseny+, Hulu atau HBO Max yang terhad. Tetapi jika kita lihat carta ini, empat kandungan adalah dari Netflix dan itu pun masih tewas lagi. Ini membuktikan, The Boys digemari orang ramai kerana iterasi adiwira yang berbeza yang sudah biasa kita tonton di banyak tempat.

Sumber: Reelgood, melalui Comicbook.com

Sohor Kini