Rivals of Aether merupakan permainan pertempuran seakan Super Smash Bros yang sudah dikeluarkan sejak tahun 2017 untuk Xbox One, Switch dan PC. Dan Fornace iaitu pembangun untuk permainan tersebut minggu ini melancarkan permainan baharu untuk iOS dan Android.

Ia adalah Creatures of Aether iaitu permainan kad berdasarkan watak-watak dari dunia Aether. Ia kini boleh dimuat turun secara percuma. Anda boleh lihat video acah untuknya di bawah.

Permainan ini akan menyertakan mod permainan PvP dan juga mod PvE iaitu Dungeon untuk anda mendapatkan pelbagai kad-kad lain. Seperti biasa, ia juga menyertakan pembelian di dalam permainan termasuk juga Battle Pass.

Anda boleh muat turun melalui pautan ini, App Store dan Play Store.

Sohor Kini