Beberapa media dan juga pencipta kandungan telah mendapat akses kepada versi awal untuk Xbox Series X yang dikatakan tidak akan mempunyai perbezaan ketara dengan versi akhir kelak. Selepas menggunakan untuk seminggu dua, mereka telah memperlihatkan prestasi untuk konsol tersebut;

Konsol Mengambil Masa 20 Saat Untuk Dibuka

Jeffrey Grub melalui channel Youtube beliau telah memperlihatkan masa yang diperlukan oleh Xbox yang ditutup untuk dibuka sehingga memasuki ruangan depan. Berdasarkan video tersebut, ia mengambil masa 20 saat sahaja untuk sepenuhnya dibuka.

Pemuatan Lebih Pantas

Sesuatu yang sering diperkatakan untuk konsol generasi baharu adalah pemuatan yang menjadi lebih pantas. Microsoft sebelum ini telah memperlihatkan beberapa contoh, kali ini, The Verge melakukan percubaan mereka sendiri, dan berikut adalah beberapa perbandingan;

PermainanXbox Series XXbox One X
CoD: Warzone16 saat21 saat
Red Dead Redemption 252 saat1.35 minit
The Outer Worlds6 saat27 saat
Evil Within 233 saat43 saat
Sea of Thieves20 saat1.21 minit
Warframe25 saat1.31 minit
AC: Odyssey30 saat1.7 minit
No Man’s Sky1.27 minit2.13 minit
Destiny 243 saat1.52 minit

Ini adalah gambaran awal sahaja untuk kelebihan yang hadir melalui Xbox Series X kerana berkemungkinan besar sesetengah permainan masih tidak dioptimumkan untuk Xbox Series X untuk menggunakan segala kelebihan yang hadir.

Kelancaran Permainan Yang Stabil

Digital Foundry pula telah melaporkan kestabilan permainan yang baik terutama untuk permainan yang dimainkan melalui sokongan keserasian belakang. Berikut adalah perbandingan permainan yang diuji dan perbandingan dengan Xbox One X (permainan dimainkan dengan resolusi 4K).

PermainanXbox Series XXbox One X
Dead or Alive60 FPS31 FPS
Rise of the Tomb Raider60 FPS42 FPS
Final Fantasy 1560 FPS37 FPS
Hitman 252 FPS26 FPS
Sekiro: Shadows Die Twice58 FPS34 FPS
GTA 460 FPS33 FPS

Dengan memberikan 60FPS yang stabil, ia membuktikan yang Xbox Series X mampu untuk mencapai kadar kelancaran yang lebih tinggi, tetapi permainan-permainan di konsol hadir dengan sekatan tahap kelancaran setakat 60FPS sahaja.

Pemindahan Fail Permainan

Antara kegusaran utama mengenai konsol generas baharu adalah jumlah storan. Xbox Series X hadir dengan simpanan sebanyak 1 TB storan akan tetapi dengan permainan mempunyai fail yang lebih besar terutama kerana menggunakan tekstur 4K, ia mungkin tidak mencukupi. Microsoft juga telah memperlihatkan storan tambahan, tetapi ia dijual dengan harga mencecah RM900.

Pilihan lain untuk pemain adalah menggunakan storan luaran HDD ataupun SDD. Namun, permainan terbaru tidak boleh dimainkan secara terus dari storan luaran ia mesti disimpan di dalam storan tambahan. Oleh itu, untuk menjimatkan ruangan storan, tanpa perlu memuat turun semula permainan tersebut, pemain boleh memindahnya ke storan luaran, dan memasukinya ke storan dalaman apabila ingin bermain sahaja.

Jeffrey Grub telah memperlihatkan masa yang diperlukan untuk melakukannya. Beliau telah membandingkan antara storan luaran SDD dan storan luaran HDD. Berikut adalah masa yang diperlukan untuk memindahkan Assassin’s Creed Origins (49GB).

SSD luaran sudah semestinya mengambil masa yang singkat iaitu 4 minit untuk memindahkan dari storan dalaman ke storan luaran, dan 2 minit untuk memindah semula ke storan dalaman. Namun, beliau menggunakan SSD yang berharga hampir menyamai harga storan tambahan oleh Microsoft dan Seagate.

Manakala menggunakan HDD pula, beliau tidak berkongsi spesifikasi, tetapi kita boleh jangkakan HDD yang terbaik ada di pasaran. Ia mengambil 10 minit untuk memindah ke storan luaran, dan hampir 8 minit untuk memasuki ke storan dalaman. Bagi saya, ia adalah masa yang tidak terlalu lama dan lebih berbaloi berbanding berbelanja RM900 untuk storan tambahan.


Konsol generasi baharu sudah semestinya akan membawa era baharu untuk permainan konsol. Keputusan di atas mungkin akan menjadi lebih baik apabila pembangun mula mengambil kesempatan kelebihan-kelebihan yang hadir di Xbox Series X.

Xbox Series X dan Xbox Series S akan dilancarkan pada 10 November ini dengan harga $499 dan $299.

Sohor Kini