Sega hari ini mengumumkan yang permainan seterusnya Yakuza iaitu Yakuza: Like a Dragon akan dikeluarkan secara global lebih awal iaitu 10 November berbanding 13 November sebelum ini. Ia adalah untuk PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series dan PC. Manakala untuk PlayStation 5 ia akan dikeluarkan pada 2 Mac 2021.

Mereka juga mengesahkan yang pembelian di PS4 dan juga Xbox One akan menerima naik taraf percuma untuk versi PlayStation 5 dan Xbox Series, ia adalah untuk pembelian secara fizikal dan juga digital.

Yakuza: Like a Dragon membawa watak baharu iaitu Ichiba Kasuga menggantikan Kiryu, sistem pertempuran juga menerima perubahan iaitu mengikut turutan berbanding aksi untuk permainan-permainan sebelum ini.

Sohor Kini