Zynga Bakal Menamatkan Operasi FarmVille Hujung Tahun Ini

Zynga hari ini mengumumkan yang mereka bakal menamatkan operasi FarmVille di Facebook pada 31 Disember 2020. Ia adalah kerana permainan tersebut menggunakan Adobe Flash, dan Facebook akan menamatkan sokongan untuknya pada tarikh yang sama.

Pemain boleh melakukan sebarang pembelian di dalam permainan sehingga 17 November, dan kredit perlu digunakan sebelum ia ditamatkan operasi, hujung tahun ini.

FarmVille dilancarkan pada tahun 2009 di Facebook dan ia menjadi permainan paling popular di laman sosial tersebut untuk dua tahun berturut-turut. Permainan susulan, FarmVille 2: Country Escape boleh didapati untuk permainan mudah alih di iOS dan Android.

Sohor Kini