Seperti yang dijanjikan oleh Bandai Namco sebelum ini, mereka akhirnya memperlihatkan sebahagian daripada kandungan musim keempat buat permainan Tekken 7 di mana ia akan bermula dengan watak DLC, Kunimitsu.

Kunimitsu merupakan watak ninja wanita, Kunoichi yang mana mula diperkenalkan sejak permainan Tekken pertama. Namun, bagi permainan Tekken 7, ia memfokuskan watak anak perempuan daripada watak asal Kunimitsu pertama.

Bersempena dengan pengumuman ini, Bandai Namco juga menyatakan DLC tersebut turut akan tiba bersama pentas permainan Vermillion Gates bersama kemaskini permainan lain seperti kemahiran baharu watak, keseimbangan permainan dan sebagainya seperti yang dijanjikan oleh mereka sebelum ini.

Pada masa yang sama, penerbit permainan tersebut iaitu Katsuhiro Harada juga mengumumkan yang mana permainan Tekken 7 kini telah pun terjual melebihi 6 juta salinan, sekaligus meletakkan keseluruhan siri Tekken telah terjual melebihi 50 juta salinan.

Tekken 7 telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.

Sohor Kini