Koei Tecmo telah mengumumkan yang Dynasty Warriors 9 Empire akan tiba untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia akan dikeluarkan pada awal tahun 2021.

Empires merupakan permainan sampingan untuk siri Dynasty Warriors, di mana ia akan mengambil watak dan bentuk pertempuran dari Dynasty Warriors 9 yang dikeluarkan 2 tahun lepas, dan menyertakan elemen strategi. Ia boleh didapati secara kendiri.

Mereka juga mengumumkan Dynasty Warriors untuk permainan mudah alih. Namun buat masa ini ia terhad untuk pasaran Jepun sahaja. Ia akan dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Sohor Kini