Selepas membuka muat turun untuk Genshin Impact beberapa hari lepas, Mihoyo akhirnya membuka pelayan untuk permainan tersebut dan ia kini boleh dimainkan untuk semua di PlayStation 4, PC dan juga sebagai permainan mudah alih untuk iOS dan Android.
Seperti diumumkan sebelum ini, pemain boleh menggunakan akaun yang sama untuk PC, iOS dan Android dan membawa kemajuan yang sama untuk setiap platform. Manakala pemain di PS4 buat masa ini masih terhad kepada platform tersebut sahaja.
Genshin Impact turut diumumkan untuk Switch tetapi tarikh pelancaran akan diumumkan kemudian. Anda boleh memuat turun permainan tersebut melalui PS Store, App Store, Play Store dan PC melalui laman rasmi mereka.