Skip to main content

PUBG Mobile Pro League Malaysia dan Singapura menutup tirai semalam selepas peringkat akhir berlangsung pada 25 hingga 27 September lepas yang memperlihatkan Team Secret menjadi juara keseluruhan, diikuti Yoodo Gank, Team SMG dan Geek Fam di tempat keempat.

Team Secret mendapat 232 markah keseluruhan selepas mendapat Chicken Dinner sebanyak 4 kali, Yoodo Gank pula mengumpul 196 markah yang juga mendapat Chicken Dinner sebanyak 4 kali. Team SMG dan Geek Fam pula hanya berbeza 3 markah sahaja iaitu 179 dan 176 markah.

Dengan kemenangan ini, Team Secret telah membawa pulang $15 ribu, $10 ribu untuk Yoodo Gank, $7500 untuk Team SMG dan $4500 Geek Fam. Dua pasukan terbaik juga mendapat tempat ke PUBG Mobile Pro League Asia Tenggara tetapi oleh kerana Team Secret dan Yoodo Gank sudah mendapat tempat, Team SMG dan Geek Fam yang akan menyertai mereka.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Leave a Reply